Belajarlah untuk memaafkan.............

7:05 PM Posted by اسمى عزيزه

"Inna nafsa la ammaratun bissuu i", Sesungguhnya nafsu ammarah

itu menyuruh kepada kejahatan (12:53)


Pada suatu hari, saidina Abu Bakar bersumpah tidak akan lagi membantu Misthah bin Atsatsah,

salah seorang saudaranya kerana menyebarkan berita yang tidak benar mengenai Siti Aisyah.

Allah melarang sikap saidina Abu Bakar,lalu turunnya ayat ke 22 Surah Annur.

(rujuk Quran surah Annur :22)



Ayat ini mengajar kita umat islam agar paling tidak melakukan dua perkara kepada orang yang pernah melakukan kesalahan pada kita, pertama al-afwu(memberi maaf). Dalam quran al afwu tu maksudnya "menghapus" atau "menghilangkan luka-luka lama di dalam hati". oleh itu, tidak dinamakan al afwu atau memberi maaf sekiranya masih tersisa perasaan marah atau dendam yang membara di dalam hati.

Perkara kedua ialah AsShafhu iaitu berlapang dada. jadi, dengan asShafhu, kita disuruh bersikap lapang dada untuk menutup lembaran-lembaran lama dan membuka serta mengisi lembaran yang baru.

menurut pakar tafsir Al-Ashfahani, AsShafhu lebih tinggi nilainya dibandingkan dengan AlAfwu. Hal ini kerana, pada al Afwu boleh jadi sesuatu perkara tersebut sukar dihapus atau di bersihkan, atau kerana lembaran yang terkena noda. meskipun sudah dibersihkan, ia tidak akan sebaik lembaran yang baru sama sekali... manakala peranan alshafhu menjadikan kekotoran atau dosa tersebut hilang selamanya...

Disamping dua hal itu, kita dituntut untuk berbuat baik (ihsan) ke atas orang yang bersalah itu. Ihsan bukan kebaikan biasa tetapi ia satu keutamaan yang sangat tinggi. Contohnya, membayar hutang adalah kewajipan akan tetapi membebaskan piutang adalah keutamaan(ihsan). Meminta maaf adalah kewajipan , tetapi memberi maaf sebelum diminta adalah keutamaan(ihsan).

Oleh itu, marilah sahabat-sahabat sekalian kita mulakan hidup baru dengan memperkuat tali silaturrahim, saling memaafkan dalam kebaikan dan kebahagiaan. Itulah seharusnya jalan taqwa yang sepatutnya kita budayakan sepanjang hidup kita. Firman Allah : Sesungguhnya Allah berserta orang orang yang bertaqwa dan orang yang berbuat kebaikan (Surah An-Nahl :128)

Artikel ini ditulis kerana teringat dan tersentuh dengan kata-kata seorang sahabat, kata-kata ni diungkapkan dalam keadaan yang penuh diselubungi dengan nafsu amarah:

"ana memang pemarah, sejak dulu lg memang tak boleh ubah, jangan kak Azi samakan ana dengan Saidina Umar,ana lain,saidina umar tu lain! kak azi dengan saidatina Khadijah pun lain kan!!"..............

Sifat marah adalah sifat yang sangat dibenci oleh Allah dan Rasulnya tetapi sangat disukai oleh syaitan....Dalam satu hadis : Abu Hurairah r.a menerangkan bahawa ada seorang lelaki berkata kepada nabi s.a.w : "berilah aku nasihat". beliau menjawab, "jangan marah". maka diulanginya beberapa kali, kemudian nabi bersabda , "jangan marah!"...hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari..hadis ni menunjukkan betapa Rasulullah sangat menekankan supaya menahan kemarahan sehingga diulang nasihat yang sama beberapa kali.

InsyaAllah kita sama-sama doakan supaya diri kita dan sahabat2 terpelihara dari nafsu ammarah dan berusahalah untuk mencapai tingkatan nafsu mutmainnah...dan ingatlah, fikirlah sebaik-baiknya sebelum melakukan sesuatu, matlamat kita adalah membawa Islam, jangan kerana nafsu amarah yang menguasai diri, kita mengetepikan tanggungjawab yang Allah taklifkan kepada kita...apabila ditanya di depan Allah apakah jawapan yang kita akan jawab di depan Dia nanti...fikir2kan sahabat-sahabat sekalian..wallahu 'alam..sekadar perkongsian :)


ala tuhibbu an yaghfirallah hu lakum??

ISRAEL SYAITAN DURJANA ABAD INI……………

1:34 AM Posted by اسمى عزيزه

Alhamdulillah setelah sekian lama saya tidak menjenguk dan mengupdate blog ini akhirnya hari ini dapat meluangkan sedikit masa untuk menunaikan hak diri kepada Allah…syukur kepada Allah kerana menganugerahkan anggota tubuh badan yang sihat dan anggota yang Allah anugerahkan ini perlulah digunakan sebaiknya…mungkin setiap hari kita boleh menulis comment di Facebook tetapi adakah setiap hari kita boleh gunakan tangan yang Allah anugerahkan ini untuk menulis ayat-ayat Allah atau menulis berkaitan perjuangan menegakkan agama Allah…syaitan terus menggoda hambanya supaya terus jauh atau lalai dari menulis ayat2 Allah dan kita pula terus lena dibuai mimpi…nauzubillah…

Baru- baru ini kita dikejutkan dengan serangan Israel ke atas Misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Konvoi tersebut adalah satu usaha terbesar masyarakat Islam seluruh dunia dalam menghentikan penderitaan yang ditanggung oleh sahabat-sahabat kita selama ini di Palestin. Keprihatinan masyarakat antarabangsa masih lagi tidak dapat diterima oleh jiwa kebinatangan Israel, sebab itu lah mereka bertindak untuk membunuh mana-mana pihak yang menghulurkan bantuan sehinggakan 19 orang aktivis maut dalam misi tersebut…begitu dasyat sekali kedurjanaan dan kebinatangan Israel ini…. Dalam kekecohan serangan Israel ini, saya ditanya oleh seorang kawan dengan soalan yang bertubi-tubi. “Azi, siapakah Israel sebenarnya?kenapa dia serang Palestin?apa yang dia nak dari Palestin?...saya agak terkejut dan kecewa mendengar soalan-soalan tersebut, rupa2nya masih ada umat Islam yang tidak tahu isu umat Islam…Dikampus kita sibuk dengan hal pelajaran, hal ‘boyfriend/girlfriend’, hal bergaduh sana sini tetapi kita terlupa tentang isu saudara kita di Palestin yang dalam keadaan menderita…Disini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang siapakah sebenarnya Israel?

Israel adalah sebuah Negara haram dipelopori oleh kumpulan yahudi penganut fahaman ZIONIS. Punca yang mendorong mereka menjadi liar dan ganas ialah fahaman mereka kepada 3 falsafah utama ajaran kitab Talmud(sebuah kitab yang direka oleh pemimpin agama mereka sendiri). Pertama, Israel adalah bangsa pilihan Tuhan. Manakala roh orang-orang Israel adalah satu juzuk dari Tuhan. Manakala roh-roh manusia lain adalah roh-roh syaitan yang setaraf dengan binatang. Kedua, seluruh isi dunia adalah milik Israel. Justeru, siapa yang menghalang Israel menguasai dunia umpama memerangi Tuhan dan mesti diperangi serta darahnya halal dibunuh. Ketiga, permulaan bagi penguasaan Israel terhadap dunia adalah Palestin. Ia adalah bumi terpilih dan suci bagi Israel. Tiada siapa yang berhak memiliki Palestin melainkan yahudi. Selain dari itu, terdapat juga banyak sebab-sebab lain Israel ingin menguasai bumi Palestin.

Atas sebab-sebab itulah mengapa Israel tidak pernah berhenti untuk menguasai Palestin. Falsafah inilah yang mengjustifikasikan segala tindakan zalim dan ganas yang mereka lakukan. Oleh itu, sebagai umat Islam kita mesti peka dengan issue Umat Islam dunia dan jangan hanya berada dalam ruang lingkup kehidupan di kampus semata-mata….saya amat berharap sahabat-sahabat semua terutama warga Iptho dan diri saya sendiri supaya jangan berhenti mendoakan saudara kita di Palestin walaupun sibuk dengan perlawanan Piala Dunia dan saya berharap agar imam Masjid Attarbiyyah Iptho dapat melaksanakan qunut nazilah dan solat hajat sebnyak mungkin dalam usaha memohon kepada Allah supaya membantu rakyat Palestin….insyaAllah…

8:45 PM Posted by اسمى عزيزه

WANITA.......hargailah mereka

9:15 AM Posted by اسمى عزيزه

YA ALLAH indahnya diciptakan sbg Seorang Wanita...

1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang
jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu
badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam
keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang
hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan
wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang
sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan
hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
dikira sebagai mati syahid.

18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun
solat.

19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka
maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.

20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah
akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas
dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki
syurga.

23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80
tahun ibadat.

24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi
Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu
memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah

Salam Maulidur Rasul

10:49 PM Posted by اسمى عزيزه


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Cinta Khaled Al-Waleed kepada Rasulullah s.a.w

5:35 PM Posted by اسمى عزيزه

KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH

7:38 AM Posted by اسمى عزيزه

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :"Wahai akal mengadaplah engkau."Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud :
"Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :
"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahanam selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih Muslim)

Wanita adalah pohon semalu

7:38 PM Posted by اسمى عزيزه

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan......Fatimah mengatakan kepada Rasulullah s.a.w apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut... Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

  1. pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
  2. semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
  3. semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah s.w.t.
  4. semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Kesimpulannya, ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Islam sendiri mengangkat martabat wanita di tempat yang tinggi. oleh itu, saya mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat lain, bersyukurlah kerana kita dilahirkan sebagai seorang wanita. Jagalah maruah diri dan akhlak, indahnya wanita adalah pada akhlaknya...Teringat kata-kata Ustaz Isa bin Man(pensyarah IPTHO) "malu bukan letaknya di muka tapi malu letaknya di hati"..fikir2kanlah ..wallahu 'alam...

SALAM RINDU UNTUKMU AYAH…..

2:35 AM Posted by اسمى عزيزه

Petang rabu, 17 Januari 2007 saya mendapat panggilan daripada pensyarah yang saya memanggilnya dengan panggilan ummi. Kali ini, ummi call bukan atas urusan kuliah tetapi ummi memberitahuku bahawa ayahanda ku yang tercinta sudah pun menyahut panggilan Ilahi. Perasaanku seolah – olah seperti disentap dengan kuat. Saya tidak percaya apa yang diberitahu Ummi. Lantas saya terus menelefon ibuku di Kuantan. Tetapi panggilan tersebut dijawab oleh abangku yang sulong. Saya terus bertanya kepada abang dan dia menyatakan perkara yang sama seperti yang diberitahu oleh Ummi. Tiba-tiba perasaan saya sangat geram kerana tidak diberitahu terlebih awal.

Tanpa berfikir panjang saya terus mengemas pakaian untuk pulang ke kampung. Sampai di stesen bas Batu Pahat, semua tiket ke Kuantan sudah pun habis. YaAllah, beratnya ujian mu YaAllah…pada waktu itu, emosi saya sudah pun tidak terkawal, saya bertindak di luar jangkauan, saya memarahi driver teksi yang enggan menghantar saya ke Kuantan dengan alasan semua Jalan dari Johor menghala ke Kuantan telah pun ditutup kerana banjir. Dengan emosi yang tidak terkawal, saya menendang kerusi yang ada berhampiran dengan stesen teksi dek kerana memarahi pemandu teksi tersebut. Sahabat saya segera menasihatkan saya supaya bersabar, setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Mungkin saya terlupa dengan firman Allah :
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ;" Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji ? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ."(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Sahabat saya dan pemandu teksi yang dimarahi oleh saya berusaha mencari bas yang ke Kuala Lumpur untuk ditumpangkan ke Puduraya. Akhirnya, alhamdulillah ada sebuah bas KKKL yang sanggup menumpangkan saya ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan saya tidak dapat menahan air mata dari terus keluar dan membasahi pipi. Penumpang di dalam bas tersebut ada yang menunjukkan reaksi pelik dan simpati melihat keadaan saya. Bermacam-macam perasaan yang melanda jiwa.

Setelah sampai di rumah, saya seperti tidak percaya melihat tubuh yang kaku di atas katil adalah tubuh ayah yang selama ini menyayangiku sepenuh hati dan perasaan. Terdetik dihatiku, selepas ini tidak ada lagi orang yang mampu memberi kasih sayang yang sebegitu kepadaku. Dunia ini seolah-olah gelap bagiku. Saya merasakan bahawa inilah ujian yang paling berat yang Allah timpakan kepada saya sepanjang hidup.

Malam itu juga, saya mencium dahi ayah yang terbujur kaku, dan kali terakhir saya mencium ayah ialah sewaktu beliau dikafankan. Apa yang paling saya sesali ialah sepanjang hidupnya saya tidak pernah menciumnya sebelum pulang ke asrama, hanya sekadar bersalaman dan mencium tangan dek kerana perasaan malu. Tapi, bila tubuh bapa terbujur kaku, saat itulah baru saya mencium dahinya. Saya terasa seperti saya langsung tidak pernah menunjukkan dan menzahirkan kasih sayang ku terhadapnya walaupun hakikatnya saya sangat menyayanginya. YaAllah, saya dah terlewat, saya menyesali sikap saya kerana ayah saya sentiasa menunjukkan kasih sayangnya kepada anak-anaknya sehinggakan saya merasai diri ini disayangi tetapi kenapa begitu susah untuk saya membalas semula kasih sayang tersebut dengan menzahirkannya. Inilah yang dikatakan ‘Erti Hidup Pada Memberi’. Menangis, sedih, menyesal yang saya mampu kerana saya belum sepenuhnya membahagiakan ayah.
Hidup ini sangat singkat, saya tidak menyangka ayah akan meninggalkanku seawal ini di saat saya masih belum sempat membalas jasanya, saya masih menagih kasih dan sayangnya. Kita merancang, Allah juga merancang tetapi perancangan Allah jauh lebih hebat.

Pada 17 Januari 2010 ni, tepat 3 tahun kembalinya ayah yang tercinta menemui Allah s.w.t. Saya sangat merindui untuk menatap wajah ayah yang telah 3 tahun meninggalkan saya. Tidak ada lagi yang dapat saya lakukan selain bersabar dan tetap berusaha tegar menghadapi semuanya yang berlaku. Semoga segala amal ibadah yang dilakukan menjadi bekal kepada ayah dalam menemui sang khaliq. Mudah-mudahan Allah menempatkan ayahanda ku yang tersayang di dalam golongan orang-orang yang beriman serta beramal soleh. Jauhkannya daripada segala azab seksaan mu YaAllah…amin

Saya berharap kepada sahabat-sahabat yang masih mempunyai ayah dan ibu, taatilah dan hormatilah mereka sementara masih ada.
Firman Allah bermaksud:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia".
Surah Israk (23).