Belajarlah untuk memaafkan.............

7:05 PM Posted by اسمى عزيزه

"Inna nafsa la ammaratun bissuu i", Sesungguhnya nafsu ammarah

itu menyuruh kepada kejahatan (12:53)


Pada suatu hari, saidina Abu Bakar bersumpah tidak akan lagi membantu Misthah bin Atsatsah,

salah seorang saudaranya kerana menyebarkan berita yang tidak benar mengenai Siti Aisyah.

Allah melarang sikap saidina Abu Bakar,lalu turunnya ayat ke 22 Surah Annur.

(rujuk Quran surah Annur :22)



Ayat ini mengajar kita umat islam agar paling tidak melakukan dua perkara kepada orang yang pernah melakukan kesalahan pada kita, pertama al-afwu(memberi maaf). Dalam quran al afwu tu maksudnya "menghapus" atau "menghilangkan luka-luka lama di dalam hati". oleh itu, tidak dinamakan al afwu atau memberi maaf sekiranya masih tersisa perasaan marah atau dendam yang membara di dalam hati.

Perkara kedua ialah AsShafhu iaitu berlapang dada. jadi, dengan asShafhu, kita disuruh bersikap lapang dada untuk menutup lembaran-lembaran lama dan membuka serta mengisi lembaran yang baru.

menurut pakar tafsir Al-Ashfahani, AsShafhu lebih tinggi nilainya dibandingkan dengan AlAfwu. Hal ini kerana, pada al Afwu boleh jadi sesuatu perkara tersebut sukar dihapus atau di bersihkan, atau kerana lembaran yang terkena noda. meskipun sudah dibersihkan, ia tidak akan sebaik lembaran yang baru sama sekali... manakala peranan alshafhu menjadikan kekotoran atau dosa tersebut hilang selamanya...

Disamping dua hal itu, kita dituntut untuk berbuat baik (ihsan) ke atas orang yang bersalah itu. Ihsan bukan kebaikan biasa tetapi ia satu keutamaan yang sangat tinggi. Contohnya, membayar hutang adalah kewajipan akan tetapi membebaskan piutang adalah keutamaan(ihsan). Meminta maaf adalah kewajipan , tetapi memberi maaf sebelum diminta adalah keutamaan(ihsan).

Oleh itu, marilah sahabat-sahabat sekalian kita mulakan hidup baru dengan memperkuat tali silaturrahim, saling memaafkan dalam kebaikan dan kebahagiaan. Itulah seharusnya jalan taqwa yang sepatutnya kita budayakan sepanjang hidup kita. Firman Allah : Sesungguhnya Allah berserta orang orang yang bertaqwa dan orang yang berbuat kebaikan (Surah An-Nahl :128)

Artikel ini ditulis kerana teringat dan tersentuh dengan kata-kata seorang sahabat, kata-kata ni diungkapkan dalam keadaan yang penuh diselubungi dengan nafsu amarah:

"ana memang pemarah, sejak dulu lg memang tak boleh ubah, jangan kak Azi samakan ana dengan Saidina Umar,ana lain,saidina umar tu lain! kak azi dengan saidatina Khadijah pun lain kan!!"..............

Sifat marah adalah sifat yang sangat dibenci oleh Allah dan Rasulnya tetapi sangat disukai oleh syaitan....Dalam satu hadis : Abu Hurairah r.a menerangkan bahawa ada seorang lelaki berkata kepada nabi s.a.w : "berilah aku nasihat". beliau menjawab, "jangan marah". maka diulanginya beberapa kali, kemudian nabi bersabda , "jangan marah!"...hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari..hadis ni menunjukkan betapa Rasulullah sangat menekankan supaya menahan kemarahan sehingga diulang nasihat yang sama beberapa kali.

InsyaAllah kita sama-sama doakan supaya diri kita dan sahabat2 terpelihara dari nafsu ammarah dan berusahalah untuk mencapai tingkatan nafsu mutmainnah...dan ingatlah, fikirlah sebaik-baiknya sebelum melakukan sesuatu, matlamat kita adalah membawa Islam, jangan kerana nafsu amarah yang menguasai diri, kita mengetepikan tanggungjawab yang Allah taklifkan kepada kita...apabila ditanya di depan Allah apakah jawapan yang kita akan jawab di depan Dia nanti...fikir2kan sahabat-sahabat sekalian..wallahu 'alam..sekadar perkongsian :)


ala tuhibbu an yaghfirallah hu lakum??