Mengenali Ilmu Khilaf dikalangan Ulama'

11:47 PM Posted by اسمى عزيزه

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dipermudahkan dan dilapangkan masa untuk berkongsi serba sedikit serta memperingati diri sendiri serta sahabat-sahabat sekalian di waktu cuti ini….
Perkongsian kali ini adalah mengenai sebuah buku yang saya baca sepanjang menghabiskan cuti pada kali ini…Buku ini bertajuk Khilaf, Prinsip & disiplin karangan Abdul Mu’izz Muhammad, diterbitkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
Buku ini mengupas dan membincangkan berkaitan perselisihan pandangan dalam kalangan ulama’ atau disebut sebagai perkara khilafiyyah.
Akhir-akhir ini kalau dilihat di media-media pelbagai masalah berlaku terutamanya berkaitan perselisihan pendapat sehingga berlaku kepada permusuhan yang dahsyat, memfitnah, label melabel, tuduh menuduh dan lain-lain lagi sehinggakan ada pihak yang ingin melihat pihak yang dibenci tersebut ditangkap dan dipenjara. Perpecahan demi perpecahan akhirnya hanya akan melemahkan umat Islam sendiri dan memberi masalah dalam menjalankan gerak kerja Islam.
Musuh musuh Islam hanya tersenyum apabila umat Islam bercakaran sesama sendiri dek kerana perbezaan pendapat dalam perkara-perkara furu’. Umat islam perlu mendalami ilmu tentang khilaf. Ini adalah kerana kerana, permasalahan khilaf di kalangan ulama’ sering terjadi dan tidak dapat dielakkan. Khilaf dikalangan ulama’ bukanlah perkara baru tetapi ia sudah ada sejak Islam berkembang beratus-ratus tahun dahulu lagi. Selepas kewafatan Rasulullah, segala permasalahan yang berlaku dirujuk kepada sahabat sahabat yang hidup sezaman dengan Rasulullah.
Sekiranya permasalahan tersebut adalah perkara baru yang tidak pernah berlaku di zaman Rasulullah maka para sahabat akan berijtihad berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah. Setiap pendapat yang dikeluarkan para sahabat berbeza-beza berdasarkan kefahaman mereka dalam memahami al-Quran.
Walau bagaimanapun, khilaf yang dibenarkan dalam Islam adalah berkisar kepada perkara furu’ dan tidak menyentuh perkara-perkara usul. Jika perselisihan tersebut berlaku dalam perkara furu’ atau cabang-cabang agama, Islam meraikan perbezaan pandangan tersebut. Oleh kerana itu, apabila berlaku khilaf dalam perkara furu’, tidak timbul pendapat mana yang betul, pendapat mana yang salah atau pengikut wahabi atau sebagainya tetapi yang sebenarnya adalah pendapat mana yang mempunyai dalil yang paling rajih(kuat), maka pendapat itu yang boleh digunakan untuk beramal.
Berdasarkan apa yang saya perolehi daripada buku tersebut, khilaf terjadi disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya ialah Perselisihan Qiraat bacaan Al-Quran. Al-Quran diturunkan oleh Jibril sebanyak tujuh wajah bacaan. Setiap ulama’ membaca dengan qiraat yang berbeza dan pemahaman yang diperolehi oleh mereka juga turut berbeza. Oleh itu, kita tidak boleh menyalahkan percanggahan diantara mereka kerana Allah sendiri telah menurunkan Al-Quran dalam tujuh bentuk bacaan.
Selain itu, factor lain ialah tidak sampai sesetengah dalil kepada mujtahidin. Ini adalah punca terbesar khilaf dikalangan ulama’. Tidak seperti Al-Quran, setiap ayat, kalimah dan huruf yang diturunkan Allah kepada Rasulullah disampaikan kepada sahabat tanpa ada satu pun yang tertinggal. Berbeza dengan hadis Rasulullah yang perlu dicari dan sangat luas periwayatannya. Ibnu Taimiah telah mengatakan bahawa mustahil sekiranya ada yang mengatakan keseluruhan hadis Rasulullah terkumpul pada pengetahuan seseorang. Ini adalah kerana, setiap kali Rasulullah menyatakan sesuatu hadis kepada seorang sahabat, berkemungkinan sahabat lain tidak mendengar hadis tersebut dan pada waktu yang lain Rasulullah menyatakan pula hadis yang berbeza kepada sahabat lain pula.
Hal ini dapat dibuktikan apabila seorang wanita tua datang bertemu dengan Saidina Abu Bakar untuk bertanya tentang Faraidh. Abu Bakar pun berkata,

“di dalam Kitab (al-Quran) tiada bagimu, dan aku pun tidak tahu hakmu berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W, akan tetapi biar aku bertanya pada orang ramai terlebih dahulu.”

Apabila Abu BAkar bertanya kepada orang ramai, Al-Mughirah dan Muhammad Al-Ansari bangun dan mendakwa bahawa beliau pernah menyaksikan Rasulullah menyelesaikan masalah Faraidh dan baginda memperuntukkan 1/6 faraidh untuk kes itu.

Dua orang sahabat tersebut bukanlah sahabat yang rapat seperti rapatnya Rasulullah dengan Abu BAkar tetapi beliau ada ketika Rasulullah menyelesaikan masalah itu dan Abu BAkar tidak ada ketika itu. Oleh itu, masalah tersebut dapat diselesaikan. Banyak lagi kisah-kisah sebegini yang amat baik untuk difahami dan dihayati.
Cukuplah sekadar membincangkan dua punca utama berlakunya khilaf dalam kalangan ulama’ walaupun masih ada banyak lagi faktor lain.

Oleh itu, kita perlulah berlapang dada terhadap segala khilaf yang berlaku dalam kalangan ulama’. Selain itu saya turut menyokong apa yang ditulis oleh Ustaz Zaharudin, dalam Zaharuddin.net iaitu:
“ jangan terlalu mudah menggelarkan seseorang dengan gelaran WAHABI atau terkeluar dari kelompok ahli sunnah wal jamaah. Adalah tidak tepat untuk menuduh pandangan ijtihad selain mazhab Syafie adalah Wahhabi, kerana kebanyakkan pendapat yang lain yang diterima pakai oleh sebahagian kelompok di Malaysia (yang berlainan) sebenarnya bukanlah ijtihad Wahabi tetapi adalah dari kalangan mazhab-mazhab ahli sunnah yang lain seperti Hanbali, Maliki dan Hanafi.”
Kesimpulannya, sebagai umat Islam kita perlu mencerminkan imej Islam yang baik. Janganlah kita terus bergaduh, memfitnah, kutuk mengutuk hanya disebabkan perselisihan pendapat dalam hal agama oleh mereka yang sememangnya layak. Masih banyak lagi masalah umat yang kita langsung tidak ambil perhatian. Sama-sama lah kita memperbaiki diri dan merenung kembali berapa banyak kerja-kerja Islam yang kita buat sebagai sumbangan kita pada agama kita……wallahu a’alam

KISAH YG MENARIK UNTUK DKONGSI BERSAMA...

6:21 PM Posted by اسمى عزيزه

BACA SMPAI HABIS..
"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk
kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli
nih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin. "Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil
tersenyum.

"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah
mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan
tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang
pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah..Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

" Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri.Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil.
Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai
buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan
kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara
orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari
Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih
melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang
sebaliknya berlaku..

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari
rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana , mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnass yaitaanirrajim. ..Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad.


"Tinggi m ana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi
pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, dihadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

1:37 AM Posted by اسمى عزيزه

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;





Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;

Bina Insan Guru Fasa 4

4:52 AM Posted by اسمى عزيزه






Pada 2 hingga 4 Oktober yang lalu, pelajar Pismp semester 4 telah mengikuti program Bina Insan Guru bagi Fasa ke 4 yang bertempat di Kampung Sungai Dinar, Serkat Pontian Johor. Seramai 56 orang telah mengikuti program ini yang terdiri daripada 3 opsyen. Kelas yang terlibat antaranya ialah Pismp Pengajian Islam, Pismp rekabentuk dan Teknologi 1 dan Pengajian Bahasa Cina. Program bina insane guru pada kali ini dilaksanakan dalam bentuk Program anak angkat.

Program ini merupakan program yang melibatkan pelajar-pelajar IPGM Kampus Tun Hussein Onn dan penduduk kampung secara keseluruhannya. Penduduk kampong sungai Dinar telah bekerjasama dengan pihak Institut untuk menjayakan program Bina Insan Guru ini. Seramai 15 keluarga yang telah dipilih untuk menerima pelajar institute sebagai anak angkat mereka. Setiap keluarga menerima dua hingga tiga orang anak angkat. Setelah sampai di kampung tersebut, pihak institute akan menyerahkan pelajar kepada orang kampung dalam program penyerahan anak angkat. Pada masa yang sama, pihak institut turut menyerahkan barang-barang bantuan kepada penduduk kampung yang bertaraf hidup susah hasil dari sumbangan beberapa syarikat seperti Munchy’s, biskut Hup Seng dan syarikat Miaow Miaow. Barang- barang tersebut berupa beras, ayam, susu, telur, air dan lain-lain lagi.

Walau bagaimana pun, program ini dilaksanakan bukan seperti yang dirancang. Mengikut perancangan awal, program ini dilaksanakan untuk membantu keluarga yang mempunyai taraf hidup yang rendah di kampong tersebut. Malangnya, terdapat pihak yang menyalah gunakan kuasa yang diberi dengan mengaturkan program ini dengan sebaliknya. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana, terdapat unsur-unsur penindasan terhadap golongan yang kurang upaya. ‘yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin’. perkara ini tidak diambil kisah oleh sesetengah golongan. Bg mereka ini adalah perkara biasa,hanya golongan yang berjawatan dalam umno kampung tersebut sahaja yang diberi keistimewaan di kampung itu.. inilah dia yang dinamakan politik umno...sampai bila masyarakat kita harus begini dan bila lagi masyarakat kita akan buka mata untuk melihat semua ini...wallahu a'alam

Bina Insan Guru Sem 4

10:53 AM Posted by اسمى عزيزه

kenangan Bina Insan Guru sem 4

10:38 PM Posted by اسمى عزيزه

Gugur di Jalan Dakwah

10:09 PM Posted by اسمى عزيزه

Tidak seperti gugurnya dedaun dari pokok atau jatuhnya sesuatu dari tempat tinggi, keguguran di jalan dakwah adalah satu yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera yang lima. Seseorang yang gugur di jalan dakwah tidak akan merasa sakit atau menemui kesan lebam pada mana-mana bahagian badannya, kerana ia adalah soal maknawi atau isu berkaitan insan dengan tuhannya.

Penggabungan diri dengan dakwah bermula dengan kesedaran seseorang terhadap tanggungjawab yang harus ia pikul bagi pihak Allah dan rasulnya, iaitu tanggungjawab menegakkan kebenaran, menentang kebatilan dan menyambungkan risalah dengan generasi seterusnya.

Ia adalah amal yang berterusan dan memerlukan keazaman ulul azmi dari kalangan rasul. Dari keazaman yang kuat ini usaha diteruskan untuk mengumpul seberapa banyak kekuatan sama ada dari segi bilangan atau juga peralatan. Dan siaplah dirimu dengan kekuatan untuk berdepan dengan mereka sedaya upaya kamu.

Da'i bukan muslim biasa. Mereka ialah orang yang meletakkan agama Allah di hadapan dan sentiasa bersiap siaga untuk berada dimana tuhan mahu ia berada mengikut kepentingan dakwah. Diri dan hartanya wakaf untuk agamanya. Mereka tidak memiliki diri mereka lagi, kerana mereka telah berbaiah dan menjaul diri mereka kepada Allah, harganya ialah syurga.

Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin diri mereka dan harta mereka dengan syurga…mereka berjuang dijalan Allah lalu membunuh dan dibunuh, satu janji yang pasti ditepati seperti tercatat dan Taurat,Injil dan Quran.

Inilah cara bagaimana Allah menghidupkan seseorang dalam kehidupan yang barunya. Wahai orang-orang yang beriman sahut seruan Allah dan rasulnya apabila ia menyeru kamu kepada apa yang menghidupkan kamu. Begitulah ketinggian seorang da'i waktu ia berada pada kemuncak kesetiaan kepada Allah, Rasul dan agamanya. Oleh itu berpuluh tempat di dalam Quran Allah memperingatkan mereka tentang kesetiaan. Setialah dengan baiah kamu disebut berulang kali tanpa jemu dan puas.

Namun kesetiaan datangnya dari keimanan, keimanan ditegakkan dengan keazaman dan keazaman datangnya dari kesedaran. Apabila kesedaran telah lemah dan keazaman mula luntur, maka kesetiaan juga akan terjejas. Begitu bermula kisah keguguran.

Mungkin banyak pentafsiran-sebahagiannya teknikal di sebalik fenomena keguguran tetapi yang jelasnya ialah mereka telah merungkai baiah, merombak kesetiaan dan membatalkan jual beli yang mereka telah meterainya dengan Allah. Kini diri mereka kembali kepada mereka dan khidmat mereka adalah untuknya.

Akan dapat dilihat dengan jelas perbezaan atau jurang cara hidup antara da'i yang mewakafkan hidup mereka untuk Allah s.w.t dengan mereka yang membatalkan jual beli mereka dengan Allah dan memulakan hidup baru diri mereka dan keturunan mereka dalam dunia yang mereka sangka kan milik mereka.