WANITA.......hargailah mereka

9:15 AM Posted by اسمى عزيزه

YA ALLAH indahnya diciptakan sbg Seorang Wanita...

1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang
jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu
badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam
keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang
hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan
wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang
sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan
hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
dikira sebagai mati syahid.

18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun
solat.

19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka
maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.

20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah
akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas
dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki
syurga.

23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80
tahun ibadat.

24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi
Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu
memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah

Salam Maulidur Rasul

10:49 PM Posted by اسمى عزيزه


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Cinta Khaled Al-Waleed kepada Rasulullah s.a.w

5:35 PM Posted by اسمى عزيزه

KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH

7:38 AM Posted by اسمى عزيزه

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :"Wahai akal mengadaplah engkau."Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud :
"Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :
"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahanam selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih Muslim)

Wanita adalah pohon semalu

7:38 PM Posted by اسمى عزيزه

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan......Fatimah mengatakan kepada Rasulullah s.a.w apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut... Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

  1. pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
  2. semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
  3. semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah s.w.t.
  4. semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Kesimpulannya, ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Islam sendiri mengangkat martabat wanita di tempat yang tinggi. oleh itu, saya mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat lain, bersyukurlah kerana kita dilahirkan sebagai seorang wanita. Jagalah maruah diri dan akhlak, indahnya wanita adalah pada akhlaknya...Teringat kata-kata Ustaz Isa bin Man(pensyarah IPTHO) "malu bukan letaknya di muka tapi malu letaknya di hati"..fikir2kanlah ..wallahu 'alam...

SALAM RINDU UNTUKMU AYAH…..

2:35 AM Posted by اسمى عزيزه

Petang rabu, 17 Januari 2007 saya mendapat panggilan daripada pensyarah yang saya memanggilnya dengan panggilan ummi. Kali ini, ummi call bukan atas urusan kuliah tetapi ummi memberitahuku bahawa ayahanda ku yang tercinta sudah pun menyahut panggilan Ilahi. Perasaanku seolah – olah seperti disentap dengan kuat. Saya tidak percaya apa yang diberitahu Ummi. Lantas saya terus menelefon ibuku di Kuantan. Tetapi panggilan tersebut dijawab oleh abangku yang sulong. Saya terus bertanya kepada abang dan dia menyatakan perkara yang sama seperti yang diberitahu oleh Ummi. Tiba-tiba perasaan saya sangat geram kerana tidak diberitahu terlebih awal.

Tanpa berfikir panjang saya terus mengemas pakaian untuk pulang ke kampung. Sampai di stesen bas Batu Pahat, semua tiket ke Kuantan sudah pun habis. YaAllah, beratnya ujian mu YaAllah…pada waktu itu, emosi saya sudah pun tidak terkawal, saya bertindak di luar jangkauan, saya memarahi driver teksi yang enggan menghantar saya ke Kuantan dengan alasan semua Jalan dari Johor menghala ke Kuantan telah pun ditutup kerana banjir. Dengan emosi yang tidak terkawal, saya menendang kerusi yang ada berhampiran dengan stesen teksi dek kerana memarahi pemandu teksi tersebut. Sahabat saya segera menasihatkan saya supaya bersabar, setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Mungkin saya terlupa dengan firman Allah :
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ;" Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji ? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ."(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Sahabat saya dan pemandu teksi yang dimarahi oleh saya berusaha mencari bas yang ke Kuala Lumpur untuk ditumpangkan ke Puduraya. Akhirnya, alhamdulillah ada sebuah bas KKKL yang sanggup menumpangkan saya ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan saya tidak dapat menahan air mata dari terus keluar dan membasahi pipi. Penumpang di dalam bas tersebut ada yang menunjukkan reaksi pelik dan simpati melihat keadaan saya. Bermacam-macam perasaan yang melanda jiwa.

Setelah sampai di rumah, saya seperti tidak percaya melihat tubuh yang kaku di atas katil adalah tubuh ayah yang selama ini menyayangiku sepenuh hati dan perasaan. Terdetik dihatiku, selepas ini tidak ada lagi orang yang mampu memberi kasih sayang yang sebegitu kepadaku. Dunia ini seolah-olah gelap bagiku. Saya merasakan bahawa inilah ujian yang paling berat yang Allah timpakan kepada saya sepanjang hidup.

Malam itu juga, saya mencium dahi ayah yang terbujur kaku, dan kali terakhir saya mencium ayah ialah sewaktu beliau dikafankan. Apa yang paling saya sesali ialah sepanjang hidupnya saya tidak pernah menciumnya sebelum pulang ke asrama, hanya sekadar bersalaman dan mencium tangan dek kerana perasaan malu. Tapi, bila tubuh bapa terbujur kaku, saat itulah baru saya mencium dahinya. Saya terasa seperti saya langsung tidak pernah menunjukkan dan menzahirkan kasih sayang ku terhadapnya walaupun hakikatnya saya sangat menyayanginya. YaAllah, saya dah terlewat, saya menyesali sikap saya kerana ayah saya sentiasa menunjukkan kasih sayangnya kepada anak-anaknya sehinggakan saya merasai diri ini disayangi tetapi kenapa begitu susah untuk saya membalas semula kasih sayang tersebut dengan menzahirkannya. Inilah yang dikatakan ‘Erti Hidup Pada Memberi’. Menangis, sedih, menyesal yang saya mampu kerana saya belum sepenuhnya membahagiakan ayah.
Hidup ini sangat singkat, saya tidak menyangka ayah akan meninggalkanku seawal ini di saat saya masih belum sempat membalas jasanya, saya masih menagih kasih dan sayangnya. Kita merancang, Allah juga merancang tetapi perancangan Allah jauh lebih hebat.

Pada 17 Januari 2010 ni, tepat 3 tahun kembalinya ayah yang tercinta menemui Allah s.w.t. Saya sangat merindui untuk menatap wajah ayah yang telah 3 tahun meninggalkan saya. Tidak ada lagi yang dapat saya lakukan selain bersabar dan tetap berusaha tegar menghadapi semuanya yang berlaku. Semoga segala amal ibadah yang dilakukan menjadi bekal kepada ayah dalam menemui sang khaliq. Mudah-mudahan Allah menempatkan ayahanda ku yang tersayang di dalam golongan orang-orang yang beriman serta beramal soleh. Jauhkannya daripada segala azab seksaan mu YaAllah…amin

Saya berharap kepada sahabat-sahabat yang masih mempunyai ayah dan ibu, taatilah dan hormatilah mereka sementara masih ada.
Firman Allah bermaksud:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia".
Surah Israk (23).

Mengenali Ilmu Khilaf dikalangan Ulama'

11:47 PM Posted by اسمى عزيزه

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dipermudahkan dan dilapangkan masa untuk berkongsi serba sedikit serta memperingati diri sendiri serta sahabat-sahabat sekalian di waktu cuti ini….
Perkongsian kali ini adalah mengenai sebuah buku yang saya baca sepanjang menghabiskan cuti pada kali ini…Buku ini bertajuk Khilaf, Prinsip & disiplin karangan Abdul Mu’izz Muhammad, diterbitkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
Buku ini mengupas dan membincangkan berkaitan perselisihan pandangan dalam kalangan ulama’ atau disebut sebagai perkara khilafiyyah.
Akhir-akhir ini kalau dilihat di media-media pelbagai masalah berlaku terutamanya berkaitan perselisihan pendapat sehingga berlaku kepada permusuhan yang dahsyat, memfitnah, label melabel, tuduh menuduh dan lain-lain lagi sehinggakan ada pihak yang ingin melihat pihak yang dibenci tersebut ditangkap dan dipenjara. Perpecahan demi perpecahan akhirnya hanya akan melemahkan umat Islam sendiri dan memberi masalah dalam menjalankan gerak kerja Islam.
Musuh musuh Islam hanya tersenyum apabila umat Islam bercakaran sesama sendiri dek kerana perbezaan pendapat dalam perkara-perkara furu’. Umat islam perlu mendalami ilmu tentang khilaf. Ini adalah kerana kerana, permasalahan khilaf di kalangan ulama’ sering terjadi dan tidak dapat dielakkan. Khilaf dikalangan ulama’ bukanlah perkara baru tetapi ia sudah ada sejak Islam berkembang beratus-ratus tahun dahulu lagi. Selepas kewafatan Rasulullah, segala permasalahan yang berlaku dirujuk kepada sahabat sahabat yang hidup sezaman dengan Rasulullah.
Sekiranya permasalahan tersebut adalah perkara baru yang tidak pernah berlaku di zaman Rasulullah maka para sahabat akan berijtihad berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah. Setiap pendapat yang dikeluarkan para sahabat berbeza-beza berdasarkan kefahaman mereka dalam memahami al-Quran.
Walau bagaimanapun, khilaf yang dibenarkan dalam Islam adalah berkisar kepada perkara furu’ dan tidak menyentuh perkara-perkara usul. Jika perselisihan tersebut berlaku dalam perkara furu’ atau cabang-cabang agama, Islam meraikan perbezaan pandangan tersebut. Oleh kerana itu, apabila berlaku khilaf dalam perkara furu’, tidak timbul pendapat mana yang betul, pendapat mana yang salah atau pengikut wahabi atau sebagainya tetapi yang sebenarnya adalah pendapat mana yang mempunyai dalil yang paling rajih(kuat), maka pendapat itu yang boleh digunakan untuk beramal.
Berdasarkan apa yang saya perolehi daripada buku tersebut, khilaf terjadi disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya ialah Perselisihan Qiraat bacaan Al-Quran. Al-Quran diturunkan oleh Jibril sebanyak tujuh wajah bacaan. Setiap ulama’ membaca dengan qiraat yang berbeza dan pemahaman yang diperolehi oleh mereka juga turut berbeza. Oleh itu, kita tidak boleh menyalahkan percanggahan diantara mereka kerana Allah sendiri telah menurunkan Al-Quran dalam tujuh bentuk bacaan.
Selain itu, factor lain ialah tidak sampai sesetengah dalil kepada mujtahidin. Ini adalah punca terbesar khilaf dikalangan ulama’. Tidak seperti Al-Quran, setiap ayat, kalimah dan huruf yang diturunkan Allah kepada Rasulullah disampaikan kepada sahabat tanpa ada satu pun yang tertinggal. Berbeza dengan hadis Rasulullah yang perlu dicari dan sangat luas periwayatannya. Ibnu Taimiah telah mengatakan bahawa mustahil sekiranya ada yang mengatakan keseluruhan hadis Rasulullah terkumpul pada pengetahuan seseorang. Ini adalah kerana, setiap kali Rasulullah menyatakan sesuatu hadis kepada seorang sahabat, berkemungkinan sahabat lain tidak mendengar hadis tersebut dan pada waktu yang lain Rasulullah menyatakan pula hadis yang berbeza kepada sahabat lain pula.
Hal ini dapat dibuktikan apabila seorang wanita tua datang bertemu dengan Saidina Abu Bakar untuk bertanya tentang Faraidh. Abu Bakar pun berkata,

“di dalam Kitab (al-Quran) tiada bagimu, dan aku pun tidak tahu hakmu berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W, akan tetapi biar aku bertanya pada orang ramai terlebih dahulu.”

Apabila Abu BAkar bertanya kepada orang ramai, Al-Mughirah dan Muhammad Al-Ansari bangun dan mendakwa bahawa beliau pernah menyaksikan Rasulullah menyelesaikan masalah Faraidh dan baginda memperuntukkan 1/6 faraidh untuk kes itu.

Dua orang sahabat tersebut bukanlah sahabat yang rapat seperti rapatnya Rasulullah dengan Abu BAkar tetapi beliau ada ketika Rasulullah menyelesaikan masalah itu dan Abu BAkar tidak ada ketika itu. Oleh itu, masalah tersebut dapat diselesaikan. Banyak lagi kisah-kisah sebegini yang amat baik untuk difahami dan dihayati.
Cukuplah sekadar membincangkan dua punca utama berlakunya khilaf dalam kalangan ulama’ walaupun masih ada banyak lagi faktor lain.

Oleh itu, kita perlulah berlapang dada terhadap segala khilaf yang berlaku dalam kalangan ulama’. Selain itu saya turut menyokong apa yang ditulis oleh Ustaz Zaharudin, dalam Zaharuddin.net iaitu:
“ jangan terlalu mudah menggelarkan seseorang dengan gelaran WAHABI atau terkeluar dari kelompok ahli sunnah wal jamaah. Adalah tidak tepat untuk menuduh pandangan ijtihad selain mazhab Syafie adalah Wahhabi, kerana kebanyakkan pendapat yang lain yang diterima pakai oleh sebahagian kelompok di Malaysia (yang berlainan) sebenarnya bukanlah ijtihad Wahabi tetapi adalah dari kalangan mazhab-mazhab ahli sunnah yang lain seperti Hanbali, Maliki dan Hanafi.”
Kesimpulannya, sebagai umat Islam kita perlu mencerminkan imej Islam yang baik. Janganlah kita terus bergaduh, memfitnah, kutuk mengutuk hanya disebabkan perselisihan pendapat dalam hal agama oleh mereka yang sememangnya layak. Masih banyak lagi masalah umat yang kita langsung tidak ambil perhatian. Sama-sama lah kita memperbaiki diri dan merenung kembali berapa banyak kerja-kerja Islam yang kita buat sebagai sumbangan kita pada agama kita……wallahu a’alam