Bina Insan Guru Fasa 4

4:52 AM Posted by اسمى عزيزه






Pada 2 hingga 4 Oktober yang lalu, pelajar Pismp semester 4 telah mengikuti program Bina Insan Guru bagi Fasa ke 4 yang bertempat di Kampung Sungai Dinar, Serkat Pontian Johor. Seramai 56 orang telah mengikuti program ini yang terdiri daripada 3 opsyen. Kelas yang terlibat antaranya ialah Pismp Pengajian Islam, Pismp rekabentuk dan Teknologi 1 dan Pengajian Bahasa Cina. Program bina insane guru pada kali ini dilaksanakan dalam bentuk Program anak angkat.

Program ini merupakan program yang melibatkan pelajar-pelajar IPGM Kampus Tun Hussein Onn dan penduduk kampung secara keseluruhannya. Penduduk kampong sungai Dinar telah bekerjasama dengan pihak Institut untuk menjayakan program Bina Insan Guru ini. Seramai 15 keluarga yang telah dipilih untuk menerima pelajar institute sebagai anak angkat mereka. Setiap keluarga menerima dua hingga tiga orang anak angkat. Setelah sampai di kampung tersebut, pihak institute akan menyerahkan pelajar kepada orang kampung dalam program penyerahan anak angkat. Pada masa yang sama, pihak institut turut menyerahkan barang-barang bantuan kepada penduduk kampung yang bertaraf hidup susah hasil dari sumbangan beberapa syarikat seperti Munchy’s, biskut Hup Seng dan syarikat Miaow Miaow. Barang- barang tersebut berupa beras, ayam, susu, telur, air dan lain-lain lagi.

Walau bagaimana pun, program ini dilaksanakan bukan seperti yang dirancang. Mengikut perancangan awal, program ini dilaksanakan untuk membantu keluarga yang mempunyai taraf hidup yang rendah di kampong tersebut. Malangnya, terdapat pihak yang menyalah gunakan kuasa yang diberi dengan mengaturkan program ini dengan sebaliknya. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana, terdapat unsur-unsur penindasan terhadap golongan yang kurang upaya. ‘yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin’. perkara ini tidak diambil kisah oleh sesetengah golongan. Bg mereka ini adalah perkara biasa,hanya golongan yang berjawatan dalam umno kampung tersebut sahaja yang diberi keistimewaan di kampung itu.. inilah dia yang dinamakan politik umno...sampai bila masyarakat kita harus begini dan bila lagi masyarakat kita akan buka mata untuk melihat semua ini...wallahu a'alam

0 comments:

Post a Comment